SAJAK | Vagina Dentata (Prosaik)

 

d5aea4a0d97aaff64e950b7c8ae42126

oleh Bintang Kartika

Kekasih telah mati terbunuh dalam filem-filem aksi dan porno. Tetapi sebelum tidur buku sucidisandingkan dengan majalah pria masih dipuja, seperti dongengan satwa atau muzik nightwish yang menghayun.

Siang itu mayat kekasih telah kubungkus dalam sampul surat. Aku tersalah alamat. Kita berselisih jalan dan berjabat tangan di suatu simpang pos dan kau tersilap mengirimku gambar-gambar erotis dari majalah pria. Padahal itu untuk kekasihmu yang telah kau menikam penisnya.

Ah, lelaki. Kekasih mungkin hanya mitos. Kadang dirindui kemudian diingkari, lalu dibingkaikan doa dan menjadi manuskrip buku teologi. Lalu lahirlah perempuan yang beranak assassin sembilan nafsu.

Lelaki tak harus kita debatkan. Kemenangan sampai kiamat tak kunjung berpihak. Apa kata kita bunuhnya di ruang senyap? Teriakanmu pecah dari pori-pori dan celah dada. Gemanya berloncatan bingit memekit langit seperti khutbah sang khatib di Jumaat akhir.

Di belakang kekasihmu ada tatu pari-pari cantik telanjang memeluk bumi. Di kepalanya menyala daun sirih dan akar tongkat ali. Di sebelah kiri lukisan sulur-sulur buah khuldi. Terselit anak panah juga tombak, berjajar dengan kaligrafi kufi. Di sebelah kanan isyarat cinta berbentuk hati. Kau biarkan dia lena di sudut petang yang mendung. Penis kekasihmu meraung kesakitan dan kau melumatnya dalam lesung lalu menaburnya ke pangkal kemboja.

Aku tak percaya kepada keindahan pendar kunang-kunang dan pesona belut laut di malam hari. Jendela kubiarkan terbuka. Di seberang bulan, hujan telanjang namun angin lebih cantik dan lembut seusainya. Kujerat leher sendiri dengan tali puisi dan tidur memeluk mimpi.


 * Bintang Kartika gadis yang tak pernah berpuasa dari mengunyah puisi

Kredit Gambar : Noir Athena90

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create a website or blog at WordPress.com

Atas ↑

%d bloggers like this: