CERPEN | Hujan Dinihari Dalam Musim Bunga

000010.JPG

oleh Ian Fadzil

Mata sang jejaka meliar bagaikan mencari sesuatu. Hujan yang tadi rintik kini semakin reda. Sudah hampir 30 minit dia menunggu di situ, namun kakinya tidak juga mahu melangkah pulang. Dia berharap, penantiannya berbaloi.

Kemudian, dia berdoa “Tuhanku, aku mohon sekali ini saja.” Dan doanya termakbul.

Sang gadis tersipu, tertunduk sedikit.

Sang jejaka kaget, penantiannya disambut. Dia senyum lebar menampakkan giginya yang tidak tersusun, matanya yang sepet sedikit lencun berair mata gembira. Tangan didepa, tak kisahkan bajunya yang basah dek hujan lebat tadi.

Gadis tadi bergegas meluru ke arah sang jejaka, mendekati. Mukanya didekatkan ke dada sang jejaka lalu dia dipeluk. Erat sekali.

Degupan jantung mereka bagaikan selari, kencang namun senadi.

“I miss you so much.” Sang jejaka menuturkan rindu yang terpendam hampir dua minggu. Dua minggu penuh seksa, dua minggu dia merena. Dua minggu itu jua dia mulai sedar akan sesuatu perkara. Suatu yang telah merubah hidupnya.

“Me too.” Tutur sang gadis perlahan, masih tak mahu melepaskan hangat badan sang jejaka meskipun badan lencun kerana hujan dan peluh.

Dan mereka pun bahagia.


“Aku break lagi ah.” Dalila memerhatikan mesej pada skrin iPhone.

Bodoh. Hanya lintasan hati yang tak mampu dizahirkan.

Dia menyumpah seranah kepada lelaki yang paling disayanginya. “Kenapa payah sangat lelaki ni nak tengok usaha aku? Apasal lelaki ni nak cari perempuan yang tak mungkin akan jadi milik kau? Kenapa kau terkejar-kejar bayangan cinta daripada orang yang tak sudi?” Dalila mengeluh panjang.

“Kau okay?” Dalila membalas.

Salahnya juga. Dia terlalu takut untuk melafazkan cintanya. Walaupun sudah lebih 15 tahun mereka saling mengenali, sudah habis semua cerita Adi dia tahu, sudah habis modal mereka nak berborak. Tetapi, sampai sekarang dia masih malu untuk meluahkan perasaannya. Bukan apa, persahabatan mereka terlampau penting dan bermakna, perkara macam ni boleh merosakkan segala-galanya. Dia tak mahu kehilangan Adi, jadi biar saja dia memendam perasaan ini. Dalila meliar-liarkan matanya pada apps yang lain pada iPhone itu. Dari Instagram, dia check Facebook pula. Perasaan bimbang mula menular bila Adi tak reply.

“Tak.” Masej itu muncul tiba-tiba. Dia lega. “Ko kat mana, jap gi ak gi.” Dia membalas.

“Rooftop.” Dalila mengangguk, dia sudah tahu. Memang port meluah perasaan si Adi kat situ. Tempat dia selalu akan pergi bila Adi ada masalah.

Sesampainya dia diatas tingkap paling atas pada rumah pangsa lima tingkat itu, Dalila terus berjalan ke arah tangki air. Adi duduk sambil melihat telefon, puntung rokok penuh disitu. Dalila mengambil tempat sebelahnya.

“Weh kau kentut ke?” Adi terhidu sesuatu yang kurang menyenangkan

“Bodoh ah, manade.” Dalila tonyoh kepala Adi, Adi cuba mengelak. Namun aksi Dalila lebih pantas. Adi sudah terasa kepalanya berbenjol. Mereka sama-sama ketawa melihatkan kebodohan masing-masing. Adi menyandarkan kepala di atas bahu Dalila.

Entah kali ke berapa sahabat baiknya, Adi berkasih dan berputus. Dia pun sudah jemu dengan segala perempuan yang hadir dalam hidupnya, yang pergi tanpa alasan yang kukuh. Entah di mana silapnya, dia cuba untuk mencari jawapan. Namun yang pasti, dia pernah berkata kalau dia terus break up jugak, dia akan bercinta dengan lelaki. Namun Dalila percaya itu hanyalah gurauan sebab Adi bukan seorang gay. Tapi itu semua tak mustahil.

“Kali ke tujuh weh.” Adi memecahkan kebisuan yang tercipta

“Lapan.” Balas Dalila. “Kau dah tak ingat Lea? Pompuan yang obses giler dengan arnab” Dalila menguis-kuis kelimumur di rambut Adi.

“Oh pompuan gila tuh.”

Mereka sama-sama gelak mengenang seorang wanita yang Adi mulai kenal melalui Facebook dan terus buat blind date. Pada mulanya semuanya kelihatan normal, tapi Lea agak obses dengan kartun arnab. Adi memuji, comel katanya. Namun lepas empat kali date, semua kelihatan sangat menjangkalkan dan pada hari monthversary yang ke tiga, dia menghadiahi Adi seluar dalam bercorak kartun arnab. Bermula dari hari itu, Adi mulai rugu dengan keupayaan mental Lea.

“Yang tuh tak kira sebab dia ting tong. Aku couple dengan orang normal je.” Adi bersuara.

“Yelah tu.”

“Kenapa eh aku rasa macam tak ada orang yang faham aku?”

Dalila sentap dengan apa yang terpacul dari mulut Adi. Apa maksudnya tiada siapa yang kisah? Jadi dia itu siapa? Yang sanggup memandu dari tempat kerjanya sampai ke apartmen ini. Apakah dengan bersamanya setiap kali dia sedih itu masih lagi dianggap tak faham?

“Tak ada yang sayang kat aku.”

“Kau buta Adi.”

Adi tergamam. Dalila mengetap bibir, menahan diri dari menangis.

“What do you mean?”

“I’ve been with you since tadika lagi. Aku kenal kau semua, luar dan dalam. I’ve been there for you masa kau susah, masa kau senang kau blah dengan betina-betina tuh semua. Aku tak kisah, sebab aku tahu kau akan cari aku jugak. Tapi bila kau cakap tak de orang paham kau. Kau silap besar. Kalau kau cakap tak de orang sayang kat kau, kau memang buta!”

Adi kaku, sekadar memerhati wajah Dalila yang sudah berair mata.

“Yes Adi, aku memang simpan rambut panjang ni sebab aku dah jatuh cinta. Aku sayang kat kau. Kau je yang tak pernah nampak. Yes Adi, aku reject Hilmi sebab aku ada orang kat hati aku. Kau.”

Adi kaget. Dia terbayang kembali muka kecewa Hilmi, sahabat sekelasnya apabila cintanya ditolak oleh Dalila. Dalila hanya buat muka toyo, dan tak bersalah. Bila ditanya adakah dia mempunyai orang lain, Dalila hanya mengangkat bahu lalu cuba mengubah topik perbualan. Dalila dilihatnya berubah sejak dua tahun lalu, rambutnya mula disimpan panjang, bedak dan lip gloss mula ditancap, sederhana namun tampak semulajadi. Jadi, ramailah jejaka yang mula jatuh hati pada si gadis tomboy yang dulunya berambut pendek bob cut dan bertopi sudu.

“Ah bodohnya aku tak perasan.” Adi bermonolog. Bukannya dia tak sedar akan perubahan fizikal Si Dalila, sedar. Malahan dia sentiasa menyakat Dalilah dengan perubahan itu. Tapi bodohnya dia tak sedar Dalilah berubah sebab dirinya. “Dalila cintakan aku?” Adi masih tidak bisa menerima kenyataan itu.

“Sorry, aku tak perasan.” Adi menunduk, sebolehnya dia tak mahu memandang mata Dalila.

“Adi, in case kalau kau tak pernah tahu, just remember that I will always be there …” Belum sempat Dalila menghabiskan ayat, tiba-tiba Adi menyampuk.

“I’m Sorry.”

Giliran Dalila pula yang terkejut. Namun, dia sudah bisa untuk mengagak. Dalila senyum, yang dipaksa. “Tak apa Adi, aku faham.” Dia mula mengalih pandangan. “Kau pilih ah, sama ada still nak macam ni, jadi bestfriend. Boleh borak, makan sekali, cerita pasal awek kau. Tapi kalau kau pun ada jugak perasaan kat aku, cakap je.”

Adi membisu.

“Ataupun kalau kau rasa kau tak boleh terima semua ini. Takpe je kalau kau tak nak jumpa aku.” Air mata gugur bertebaran. Dalila meninggalkan tempat itu.”


Dalila terbaring melingkar di atas katilnya. Tisu-tisu sisa tangisan dan air matanya bergelimpangan penuh di atas katil. Lagu Lana Del Rey – Summertime Sadness berputar lebih seribu kali. Dia menyumpah-nyumpah tindakannya tadi. Baginya, dia tidak sepatutnya berkata begitu. Dia benar-benar sayangkan Adi, malahan dia rela kecewa asalkan mampu menatap wajah Adi setiap hari. Biarpun terluka, dia bahagia.

Seperti Dalilah, Adi turut berbaring di atas katil bujang miliknya, tangan disilang kebalakang serta merenung kipas yang berpusing-pusing di siling. Buntu, dan kosong. Di berpaling ke kiri, meja sisinya itu bersepah, penuh dengan putung-putung rokok, serta gelas Starbucks yang dijadikan ashtray. Namun ada sesuatu yang membuatnya tersenyum : {Gambar dia dan Dalila}

Dia mengangkat gambar itu, masih kekal dalam baringnya. Dia tersenyum melihat betapa bahagianya mereka. Dalam gambar itu, Dalilah kelihatan cukup gembira sekali, ternganga menampakkan barisan giginya yang penuh dengan coklat sehingga mata terpejam rapat. Jari telunjuknya menolak lubang hidung keatas membuatkan ia kelihatan besar. Adi pula tiada gaya lain, hanya serius dengan rambutnya yang skema disikat ketepi, dan bibir yang cuba untuk dibuat-buat senyum namun tak menjadi.

Adi ketawa besar. “Gambar time form 4.” Adi melihat bahagian belakang, tertera suatu tulisan.

Sebab aku tahu kau tak akan pernah ada setiap kali Valentine, tapi dua minggu selepas itu kau mesti akan cari aku, nak kira bintang.

Adi senyum.


Ian Fadzil seorang bakal guru Sejarah, sama seperti subjek itu, dia juga membosankan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create a website or blog at WordPress.com

Atas ↑

%d bloggers like this: